SJK(C) PEI HWA | 新山柏伶培华小学 | Johor Bahru | Malaysia            
 
 


Headmaster Message

Kini, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah berada di peringkat pertengahan perlaksanaan Gelombang Kedua. Semakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memasuki Tahun 2 pada Tahun 2018. Pembelajaran Abad ke 21 telah dilaksanakan sepenuhnya khususnya di Daerah Johor Bahru sejak Tahun 2017. 

               Justeru itu sama-samalah kita teruskan usaha pelaksanaan PPPM 2013-2025 sehingga tercapai matlamat yang disasarkan. Sehubungan itu, setiap orang guru wajib meneruskan perubahan paradigma pemikiran dan menambahkan ilmu pengetahuan khususnya berkaitan dengan kaedah dan amalam pengajaran, pembelajaran dan pemudahcaraan terkini yang lebih releven dengan persekitaran dewasa ini yang akan menjayakan hasrat PPPM 2013-2025.

              Cara bekerja dan berfikir perlu berubah agar dapat memenuhi keperluan dan tuntutan cabaran semasa. Pendidik hari ini perlulah seorang yang kompeten, kreatif, inovatif dan berpemikiran kritis dan saintifik. Beliau perlu bersedia menerima perubahan, berani menerima cabaran dan meneroka sesuatu yang baru, berfikir di luar kotak serta mengamalkan budaya kerja sejajar dengan keperluan terkini dan bukan sekadar membuat apa yang rutin. Mentaliti membuat apa yang biasa itu yang menjadi penghadang perubahan perlu dikikis sama sekali. Sebaliknya guru yang berwawasan dan berpemikiran positif akan membawa anak didik ke satu tahap kecemerlangan yang tinggi. Dalam era globalisasi ini, anak didik kita perlu dimantapkan dengan kemahiran dan ‘mind set’ yang betul supaya dapat menyahut cabaran persaingan bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah di persada dunia. Keupayaan kreativiti, inovasi dan daya saing akan membolehkan anak didik yang bakal menjadi pekerja berkemahiran tinggi berupaya berada di hadapan pesaing.

                Dalam konteks sekolah, kita perlu pastikan anak-anak didik diberi pendidikan yang terbaik untuk memaksimumkan potensi mereka. Kita perlu peka dengan perkembangan pendidikan semasa termasuk keperluan-keperluannya. Anak-anak didik perlu dibekalkan dan dibudayakan dengan minda yang betul beserta semangat ingin belajar yang tinggi.

               Pada kesempatan ini, saya mengucapkan syabas dan tahniah atas segala usaha, komitmen dan dedikasi seluruh warga pendidik dan sekolah. Mudah-mudahan sekolah kita khususnya anak-anak didik akan terus cemerlang dan gemilang. Amanah yang dipertanggungjawabkan tetap akan dilaksanakan dengan terbaik. 

中文版

Our Facebook

Our Youtube

UPSR Date : 11/9/2017

Frog VLE

Notice to Teachers

Kementerian Pendidikan Malaysia

Jabatan Pendidikan Johor

Pejabat Pendidikan Dearah Johor Baru